ATM: Akan Beroperasi Secara Biasa

Waktu operasi mesin juruwang automatik (ATM) akan kembali beroperasi seperti biasa mulai esok sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Waktu operasi ATM sejak 19 Apr dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh PKP bagi menghalang orang menggunakannya sebagai alasan untuk keluar lewat malam.

“Kalau dulu sebelum PKP, waktu operasi mengikut bank tertentu sampai 11 malam atau lebih, kali ini ia boleh beroperasi seperti biasa,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, penjarakkan sosial 1 meter dan tatacara operasi standard masih perlu dipatuhi semua pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here