Dua Cedera, Lori Sarat Muatan Sawit Kemalangan Di Simpang Pusa

Sebuah lori yang sarat dengan muatan kelapa sawit terlibat dalam kemalangan kendiri pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi bertempat di kawasan Simpang Pusa Jalan Saratok- Betong.

Akibat kemalangan itu pemandu lori tersebut terperangkap diruang pemandu manakala kelindan lori berjaya keluar dari lori semasa kejadian.

Pusat Gerak Operasi (PGO) Sarawak menerima panggilan melalui MERS 999 mengenai kemalangan jalan raya berkenaan dan mengarahkan keluaran dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba Saratok, PPgB Nazry Mohamat berkata, semasa tiba dilokasi pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai Alen Peter Paran,34 tahun, terperangkap di ruang pemandu lori tersebut. Manakala rakannya iaitu kelindan lori yang dikenali sebagai Atin Anak Entuni,28 tahun, telah berjaya keluar menyelamatkan diri.

Menurut Nazry pihak bomba mengambil masa selama 18 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di ruang pemandu lori.

“Operasi menyelamat melibatkan seramai 10 anggota yang diketuai oleh PBK II, Hamden Bin Haji Bladi. Setibanya pasukan bomba di lokasi pihak kami mendapati kemalangan kendiri itu melibatkan sebuah lori pengangkut muatan 10 tan yang sarat membawa buah sawit. Lori tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan dari Saratok menuju ke Sri Aman.

“Didapati seorang mangsa yang merupakan pemandu yang dilaporkan masih tersepit akibat impak kemalangan tersebut,”

“Seorang lagi mangsa yang merupakan kelindan telah berjaya keluar dari dalam lori tersebut sebelum bomba tiba,”ujarnya

Kata Nazry lagi, pasukan bomba seterusnya membuat ‘size-up’ di sekeliling kawasan kejadian bagi menentukan keadaan selamat di lokasi sebelum bertindak memindahkan mangsa di tempat yang selamat dan membuat penstabilan dan pemeriksaan awal terhadap mangsa yang mana mangsa mengalami keadaan trauma dan sedar ketika diberi rawatan awal.

Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Saratok dengan menggunakan ambulans Hospital Saratok untuk tindakan selanjutnya.

Operasi bomba turut dibantu oleh Unit Peronda PDRM dengan tiga anggota dan tiga petugas Hospital Saratok.Operasi ditamatkan pada jam 7.40 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here