Aplikasi alternatif ganti Waze masih lembab – Anwar mohon maaf

Kuala Lumpur, Oktober-

Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah ketika menggunakan aplikasi navigasi TuJu.

Perdana Menteri berkata, keadaan itu berpunca akibat kelewatan syarikat memperkemas aplikasi berkenaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui aplikasi alternatif kepada Waze yang tersedia ketika ini mempunyai kelemahan, termasuk dari segi kecekapan, namun kerajaan tetap mengutamakan keselamatan maklumat negara.

Beliau berkata, kerajaan menyedari penggunaan aplikasi lain mungkin menimbulkan kesulitan kepada pengguna, tetapi perkara itu perlu diterima sementara pilihan lebih baik diteliti.

Menurut beliau, kelemahan aplikasi alternatif menjadi antara faktor yang mencetuskan kontroversi susulan tindakan kerajaan berhubung penggunaan Waze.

“Kalau hari ini nampak jadi kontroversi, kontroversinya kerana lemahnya alternatif. Saya setuju. Tetapi keputusan kita bukan kontroversi. Ini soal keselamatan negara,” katanya.

Anwar berkata, aplikasi alternatif seperti TuJu yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terdapat kekurangan dan lemah dalam hal berkenaan.

Justeru, pengguna diminta bersabar sementara kerajaan meneliti pilihan yang ada, walaupun aplikasi alternatif mungkin kurang canggih berbanding Waze.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here