Kes aktif Covid-19 di Selangor turun

3D illustration

Kes aktif Covid-19 di Selangor semalam turun kepada 53 berbanding 57 kes kelmarin, menurut data Bilik Gerakan Negeri.

Penurunan empat kes dicatatkan di Kuala Langat yang kini berbaki tujuh kes aktif.

Sepang kekal merekodkan kes aktif tertinggi dengan 13 kes, Gombak (sembilan) dan Hulu Langat (sembilan), Kuala Selangor (tujuh), Petaling dan Sabak Bernam (tiga) serta Klang (dua).

Selangor merekodkan dua kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,006 kes. Satu kes dikesan di Hulu Langat dan satu lagi kes import membabitkan rakyat Malaysia yang pulang dari Qatar.

Semalam, Malaysia merekodkan 14 kes baharu dengan tiga daripadanya kes import dan 11 penularan tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here