Daerah Sepang catat dua kes baharu Covid-19

Hanya daerah Sepang merekodkan pertambahan dua kes baharu Covid-19 menerusi penularan bukan warganegara daripada keseluruhan empat di Selangor, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor.

Agensi terbabit memaklumkan kedua-dua kes tempatan itu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,513 daripada kluster syarikat pembersihan.

“Bakinya adalah dua kes import iaitu kes pengembara dari Sydney, Australia dan Surabaya, Indonesia,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini terdapat 123 kes import dilaporkan di Selangor dengan jumlah tertinggi 23 kes masing-masing dari Mesir dan Indonesia.

JKN Selangor menjelaskan pertambahan dua kes sehingga jam 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif di Sepang adalah 151 kes dan keseluruhan 2,025 di negeri ini.

Secara keseluruhan Hulu Langat kekal mencatatkan kes kumulatif tertinggi dengan 630 kes diikuti Petaling (436), Gombak (257), Klang (189), Hulu Selangor (76), Kuala Selangor (69), Kuala Langat (64) dan Sabak Bernam (30).

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 16 kes baharu direkodkan hari ini dengan 13 daripadanya adalah penularan tempatan membabitkan sembilan bukan warganegara dan empat warganegara serta tiga kes import.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here