11 Cawangan Bersatu Bagan, Permatang Pauh isytihar keluar parti

Ahli cawangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM-Bersatu) dari enam cawangan dalam bahagian Bagan dan lima cawangan dalam bahagian Permatang Pauh telah nengisytiharkan keluar parti bagi menyertai parti baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang media yang diadakan di Bagan Dalam, Butterworth, wakilnya, Shaharudin Saad berkata, mereka yang terdiri dari pimpinan cawangan-cawangan telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Bersatu yang ada kini.

 “Kami sebulat suara berpendapat keputusan mahkamah yang telah diputuskan tempoh hari tidak membenarkan apa-apa tindakan mahkamah yang boleh diambil membuktikan tiada ruang untuk akar umbi yang mempunyai pandangan berbeza serta sekaligus menafikan amalan demokrasi dalam PPBM.

“Hala tuju PPBM kini tidak menentu setelah keputusan untuk keluar Pakatan Harapan dengan hasrat untuk membentuk satu perikatan baru bersama Umno dan Pas yang sehingga kini masih belum diluluskan serta tidak diterima oleh komponen dalam perikatan tersebut.

“Dengan ini kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PPBM dan mengambil keputusan untuk membubarkan cawangan-cawangan sedia ada dan secara rasminya melepaskan segala jawatan dan mengisytiharkan keluar parti PPBM berkuatkuasa serta merta, ‘ ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here