Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Antara Lima Individu Angkat Sumpah Sebagai Senator

Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Yakubah Khan antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Selain Yakubah, turut mengangkat sumpah jawatan adalah Setiausaha Kehormat Pergerakan Wanita PBB Sarawak Susan Chemerai Anding; Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak Rita Sarimah Patrick Insol dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Bawang Assan Robert Lau Hui Yew.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here