Lelaki pasang jerat di hutan hilang

Lelaki berusia 27 tahun memasang jerat di hutan Batu 38 Bintulu-Miri pada pagi Ahad gagal dikesan dan dihubungi oleh pihak keluarganya.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan penguat kuasa terdiri daripada PDRM), JBPM Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam serta orang awam bergerak ke lokasi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

SAR dilakukan dalam lingkungan garis pusat 2 kilometer di lokasi mangsa hilang dan dia akhirnya dijumpai selamat oleh orang awam berhampiran jalan ke Simpang Bakun sekitar 6.15 petang Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Bomba Sarawak mengesahkan mangsa ditemui dalam jarak 10 Kilometer dari pos kawalan bencana (PKB) bomba oleh orang awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here