Kanye West umum tanding jawatan presiden AS

WASHINGTON:

Penyanyi rap Amerika Syarikat, Kanye West yang merupakan penyokong lantang Presiden Donald Trump pada Sabtu mengumumkan beliau akan bertanding dalam pemilihan presiden tahun ini.

“Kita perlu merealisasikan janji Amerika dengan mempercayai Tuhan, menyatukan visi kami dan membina masa depan kami. Saya akan bertanding untuk jawatan presiden AS,” tulis West di Twitternya sambil meletakkan emoji bendera AS dan hashtag #2020VISION.

Tidak jelas jika West serius mahu bertanding jawatan itu 4 bulan sebelum pemilihan pada 3 Nov ini atau beliau sudah menyerahkan sebarang dokumen rasmi untuk menjadi calon presiden.

Tarikh akhir menjadi calon bebas belum tamat di kebanyakan negeri.

West dan isterinya, Kim Kardashian West pernah menemui Trump di White House.

Dalam pertemuan pada Oktober 2018, West menyampaikan ucapan dengan kata-kata kasar dan merewang berkaitan alam semesta alternatif dan beliau menghidap gangguan bipolar, yang didakwa sebenarnya ialah kekurangan tidur.

Elon Musk, ketua eksekutif pembuat kereta elektrik, Tesla menyokong catatan West di Twitter: “Anda mendapat sokongan penuh saya!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here