29 lagi korban Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 29 kematian baru akibat Covid-19 semalam (13 Dis), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah sebanyak 30,908 orang.

Daripada jumlah kematian baru, 27.6 peratus atau 8 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 938 kematian bagi setiap satu juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Terengganu mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 5 kes atau 17.2 peratus daripada kes kematian baru yang dilaporkan.

Ini diikuti Negeri Sembilan (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (3), Sabah (3), Sarawak (3), Selangor (3), Kedah (1), Pahang (1), Perlis (1 ) dan Pulau Pinang (1). Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Melaka, Perak, Labuan dan Putrajaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here