Keluang sebesar tubuh manusia

BARU-BARU ini tular di laman sosial berkenaan foto seekor keluang gergasi bersaiz besar seperti badan manusia.

Pengguna Twitter dari Filipina @AlexJoestar622 memuat naik foto itu dan memaklumkan haiwan itu merupakan spesies giant golden crowned flying fox.

Ramai warganet memberikan maklum balas mereka tidak pernah tahu kewujudan mamalia tersebut. Perkongsian itu meraih 105,200 ulang ciap, 262,900 tanda suka dan ribuan lagi komen membanjiri Twitternya.

Seorang pengguna Twitter @louistenantIV mengesahkan keluang itu merupakan spesies dari Filipina. “Haiwan jenis ini ada sayap lebar, tetapi badannya tidak begitu besar, lebih kurang dengan saiz anjing.

“Keluang ini hanya makan buah terutama buah jambu dan tidak ganas,” katanya seperti dipetik Gulf News. Haiwan itu bagaimana pun kini terancam akibat penebangan hutan dan aktiviti pemburuan haram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here