Jumlah korban nahas kereta api Mesir meningkat kepada 23

Jumlah mangsa maut dalam nahas kereta api di utara Kaherah, Mesir meningkat kepada 23 orang, lapor Agensi Berita Xinhua memetik laman web rasmi Ahram Online kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika kereta api empat gerabak itu, dalam perjalanan dari Kaherah ke kota Mansoura Delta, tergelincir dari landasan di bandar Toukh pada  Ahad.

Pendakwa raya tertinggi Mesir telah mengarahkan 23 orang termasuk pemandu kereta api, pembantu, pemantau penyelenggaraan kereta api dan beberapa yang lain ditahan untuk siasatan lanjut mengenai kemalangan itu.

Terdahulu, Menteri Peng-angkutan Kamel al-Wazir memecat Pengerusi Penguasa Kereta Api Nasional (NRA).

Kemalangan kereta api di Mesir kebanyakannya di-sebabkan oleh infrastruktur, penyelenggaraan dan kecuai-an manusia.

Pada 26 Mac, sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dan hampir 200 cedera dalam pertembungan dua kereta api di selatan Mesir. Kemalangan kereta api paling ngeri berlaku pada 2003, menyebabkan lebih 300 maut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here