Gunung Sinabung Meletus

Gunung Sinabung yang terletak di Sumatra Utara kembali meletus sekali lagi sekitar pukul 6.07 pagi tadi waktu tempatan (waktu Indonesia). Ketinggian abu dilihat setinggi 1,000 meter dari atas puncak setinggi 3, 460 meter dari permukaan laut.

Memetik daripada kenyataan Pusat Bencana Vukanoligi dan Mitigasi berkata kolom abu yang meledak berwarna kelabu dengan angin membawa menghala ke arah timur, tenggara dan selatan.

Sekiranya terdaat ‘hujan’ abu, orang ramai diminta untuk sentiasa memakai pelitup muka untuk keluar dari rumah. Kemudahan air bersih juga perlu dijaga dan perlu membersihkan bumbung rumah agar tidak runtuh.

Memetik daripada laporan CNN, penduduk yang tinggal berhampiran sungai menghala ke gunung tersebut diminta untuk berwaspada terhadap bahaya lava yang mengalir.

Laporan awal memaklumkan bahawa letusan Gunung Sinabung berlaku sejak Sabtu lalu. Pada masa itu, letusan mencapai 2,000 meter dari puncak dan berstatus siap sedia.

Ratusan penduduk di sekitar telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dari bahaya letusan tersebut. Tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berhampiran Gunung Sinabug tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here