Ribuan penduduk Kuala Krai terputus bekalan air

Sebanyak 3,800 akaun pengguna di 30 kawasan jajahan Kuala Krai mengalami gangguan bekalan bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Latihan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Mat Noor Awang berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Tualang Lama ditutup sementara waktu bagi kerja-kerja pengujian dan pentauliahan di kawasan berkenaan.

Katanya, kerja-kerja pengujian dan pentauliahan akan dilakukan oleh pihak kontraktor bermula jam 8 pagi ini dan dijangka selesai jam 8 malam nanti dengan bekalan air akan pulih secara berperingkat.

“Kawasan yang terbabit ialah seluruh bandar Kuala Krai; Kampung Tualang; Bekok; Jalan Geale; Taman Krai; Kubang Lebur; Jalan Melati; Batu Lada; Kampung Hamzah; Guchil 1-7; Sungai Durian; Kampung Tengah; dan Taman Sri Pinang.

“Selain itu, Kampung Gatal; Taman Melati; Desa Rahmat; Sedek; Dusun Damar; Kampung Rahmat; Taman Desa Tok Guru; Taman KK Height; Taman Bahagia; Taman Berkat Jaya; Taman Yani; Taman Orkid; Taman Desa Permai; Taman Central Park; Taman Guchil Jaya (Daskoh); Kampung Batu Lada;dan Peladang,” katanya.

Mat Noor berkata, pihak AKSB sudah menguruskan penghantaran air melalui lori tangki dan pengisian air ke tangki statik kepada pengguna yang terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here