Ketua Menteri Sabah jalani kuarantin dua minggu

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, Hajiji secara sukarela mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

Beliau mengambil langkah itu selepas terdedah dengan individu yang didapati positif wabak Koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, dalam kenyataan itu turut berkata, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa dan sekiranya mesyuarat perlu diadakan, ia akan dibuat melalui persidangan video.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here