Anwar Ibrahim bakal bahas Belanjawan 2021 esok

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 esok.

Melalui hantaran di media sosialnya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata perbahasan di Dewan Rakyat itu dijadual bermula jam 11 pagi.

Kelmarin, Anwar mengkritik Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai tidak mempunyai impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara.

 Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.

Belanjawan itu juga, tegasnya, tidak menyelesaikan masalah pengangguran dan membantu golongan pekerja yang dibuang kerja kerana itu adalah perkara paling besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here