kamera badan Penguat kuasa diamalkan

Penguat kuasa enam pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sudah menggunakan kamera badan ketika bertugas, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata PBT tersebut ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang.

“Baki enam PBT lagi dalam proses melengkapkan pembelian dan kita berharap bermula tahun depan, penguat kuasa 12 PBT dapat menggunakan kamera badan sepenuhnya.

“Penggunaan peralatan ini meningkatkan kecekapan dan integriti pihak berkuasa terutama jika berlaku insiden luar dugaan ketika bertugas,” katanya.

Pada 22 Jun Sze Han berkata semua PBT diberi tempoh sehingga hujung tahun untuk melaksanakan penggunaan kamera badan anggota penguat kuasa.

Langkah tersebut susulan insiden seorang wanita memukul anggota penguat kuasa pada 6 Febuari selepas keretanya ditunda dalam kejadian di Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20.

Seminggu kemudian tular pula video penguat kuasa menjatuhkan seorang warga emas selepas dipukul dengan payung lelaki tersebut di Subang Jaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here