Covid-19: Mutasi agresif, rakyat diingatkan terus patuh norma baharu

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) bimbang terhadap penemuan mutasi jenis D614G yang mudah dijangkiti dalam kluster Covid-19.

Berikutan itu, pasukan tersebut mengingatkan masyarakat supaya tidak selesa dengan perkembangan wabak di negeri ini kerana virus berkenaan masih ada.

“STFC tidak pernah memandang mudah perkara sebegini sejak dahulu lagi, sebab itu orang awam diingatkan patuh dan berdisiplin dalam norma baharu kehidupan seharian,” tulisnya di Facebook hari ini.

Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan makmal Institut Penyelidikan Perubatan mengesan mutasi D614G dalam kluster PUI Sivagangga dan Ulu Tiram.

Beliau berkata mutasi itu 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan merebak sekiranya disebar oleh perebak utama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here