12.8 juta dos vaksin Covid-19 tahun 2021

6.4 juta rakyat Malaysia akan menerima manfaat 12.8 juta dos Vaksin covid 19 tahun hadapan.

Kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin Covid-19 dengan syarikat ‘farmasi eutikal Pfizer’ untuk mendapatkan bekalan sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus. 

Muhyiddin  berkata, perjanjian itu bertujuan untuk memastikan kerajaan mempunyai akses kepada data.

Data dalam menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan disamping menjamin akses kepada vaksin tersebut.

Pfizer menyatakan bahawa analisis data interim pertama menunjukkan keberkesanan vaksin (vaccine efficacy) tersebut adalah 95 peratus kata Muhyddin.

Pfizer telah menjanjikan penghantaran sebanyak satu juta dos bagi suku pertama tahun 2021, disusuli dengan 1.7 juta dos pada suku kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat,” katanya pada sidang media khas mengenai vaksin Covid-19, di sini hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here