Iceland- ‘Work From Home’

Iceland adalah salah satu negara yang membuka pintu dengan berhati-hati kepada pelancong dan kini, pekerja jarak jauh tertentu dapat berpindah ke sana sehingga enam bulan.

Sebelum ini, Program Work in Iceland membolehkan pekerja telekomunikasi tinggal hanya selama 90 hari di sana.

Tetapi, negara percaya bahawa dengan memudahkan warga asing bekerja dari Iceland,ianya akan menambah kepada nilai, pengetahuan dan hubungan di Iceland yang menyokong kepada persekitaran negara yang inovatif.

Negara tersebut telah memperluaskan program visa jangka panjangnya di luar wilayah Schengen Eropah, dan terpakai untuk setiap warga negara asing yang tidak diwajibkan memiliki visa untuk memasuki Iceland.

Pemohon yang berjaya mesti diambil bekerja secara tetap oleh syarikat asing dan memenuhi syarat tambahan insurans kesihatan. Mereka yang berjaya dapat membawa keluarga bersama tanpa harus memindahkan kerakyatan ke negara ini atau mendapatkan nombor ID Iceland.

Menurut menteri keadilan negara itu, lslaug Arna Sigurbjörnsdóttir, pemimpin Iceland percaya bahawa pekerja telekomunikasi baru akan membawa pengalaman dan hubungan berharga yang akan memberi manfaat kepada Iceland dalam perjalanannya menuju pemulihan ekonomi dari kesan pandemik COVID-19.

Sebagai pertukarannya, mereka yang tinggal di pulau yang kurang penduduk akan mendapat keuntungan dari aset negara yang cukup besar.

Iceland merupakan negara yang mempunyai landskap semula jadi yang menakjubkan, dengan air panas semuladi, gunung berapi yang diliputi ais dan sungai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here