Turki berkurung sepanjang cuti Tahun Baharu

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kelmarin mengumumkan kawalan pergerakan selama empat hari sepanjang cuti Tahun Baharu, bertujuan untuk mencegah peningkatan jangkitan COVID-19.

Erdogan menyatakan kawalan pergerakan hujung minggu di seluruh negara dan perintah berkurung petang setiap hari yang dilaksanakan sepanjang bulan ini setakat ini telah memperlahankan penyebaran virus, yang secara rasminya telah membunuh 16,464 orang di negara yang mempunyai 83 juta penduduk itu.

Kematian harian akibat COVID-19 di Turki mencecah rekod tinggi pada bulan ini sebelum menurun beberapa hari lepas.

Erdogan menyatakan jumlah terbaharu menunjukkan bahawa sekatan pergerakan berkesan dan mengumumkan perintah berkurung seluruh negara mulai jam 9 malam waktu tempatan pada 31 Disember ini hingga jam 5 pagi pada 4 Januari depan.

Beliau menyatakan kawalan pergerakan diperlukan bagi mengekalkan keputusan bagus dalam menentang virus tersebut.

Mengesan jumlah jangkitan di Turki adalah agak sukar disebabkan selama lima bulan pihak berkuasa hanya melaporkan kes-kes COVID-19 yang mempunyai simptom.

Tanpa penjelasan, pihak berkuasa kembali melaporkan jumlah keseluruhan jangkitan dan menambah kesemua kes yang tidak dilaporkan sebelum ini pada 10 Disember lalu.

Turki melaporkan 29,617 jangkitan baharu kelmarin, salah satu peningkatan harian paling pantas di Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here