Pasukan Polis Marin(PPM) menahan seorang lelaki tempatan cuba menyeludup masuk buah-buahan dari negara jiran di kawasan jeti lama, di sini.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Mohd Nazari Ismail berkata dalam kejadian jam 8.05 pagi itu, anggotanya mengesan sebuah bot jongkong sarat dengan muatan berada di kawasan tersebut.
“Hasil pemeriksaan awal di dalam bot tersebut mendapati terdapat kotak kayu berisi beberapa jenis buah-buahan disyaki dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di daerah ini.
“Pemeriksaan lanjut, juragan warga tempatan, 26, itu gagal mengemukakan sebarang dokumen dan surat kebenaran dari Jabatan Pertanian untuk membawa masuk kesemua buah-buahan berkenaan,”katanya dalam kenyataan medioa, di sini.
Menurutnya, kesemua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM22,320 itu dibawa ke Pangkalan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.