Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Malayan Banking Berhad

Lembaga hasil dalam negeri malayasia ingin memeaklumkan bahawa pada hari ini(21 Disember 2020), Mahkamah persekutuan dengan sebulat suara telah menolak permohonan Malayan Banking Berhad(Pemohon) bagi kebenaran untuk merayu ke mahkamah persekutuan dengan kos.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Panel tiga hakim yang diketuai oleh Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Binti Tuan Mat, ketua Hakim Negara setelah mendengar hujahan daripada pihak-pihak iaitu LHDNM dan Malayan Banking Berhad.

Dalam kes ini pemohon telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar notis taksiran 2015,2016 dan 2017 yangdibangkitkan oleh Ketua Pengarah Hasil Dakam Negeri(KPHDN).

Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan tersebut dan keputusan tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Lantaran itu pemohon telah memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuan keperingkat Mahkamah Persekutuan.

Dr.Hazlina binti Hussain, Timbalan Peguamcara Hasil yang mewakili Responden(KPHDN)menghujahkan bahawa tidak wujud elemen tidak sah, kesalahan undang-undang dan keadaan luar biasa yang membolehkan permohonan semakan kehakiman boleh dibenarkan dan perkara ini adalah jelas dibuktikan melalui prinsip yang diputuskan oleh kes-kes terdahulu.

Sebagai tambahan, peguam yang mewakili pemohon tidak dapat meyakinkan panel hakim bahawa wujudnya elemen tidak sah, kesalahan undang-undang yang dibuat oleh KPHDN dalam membangkitkan taksiran dan terdapat keadaan luar biasa yang membolehkan kebenaran semakan kehakiman diberikan.

Kesan daripada itu, Permohonan tidak Berjaya untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman terhadap KPHDN untuk membatalkan notis-notis taksiran yang dibangkitkan dan notis-notis taksiran yang dibangkitkan tersebut adalah betul. Mahkamah turut mengarahkan pemohon untuk membayar keseluruhan jumlah cukai tertungkak kepada KPHDN dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan ini.

Pemohon diwakili oleh Datuk Palpanaban Devarajoo(Peguam Utama), S.Saravana kumar dan Ng Kar Ngai dariTetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Manakala Peguam Responden yang mewakili KPHDN adalah Dr.Hazlina binti Hussain(Peguam utama LHDNM) dan Jabatan Peguam Negara diwakili Tuan Ahmad Hanir bib Hambaly@Arwi dan Cik Krishna Priya.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here