ADUN Galas positif Covid-19

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

Menerusi perkongsian di Facebook tadi, dimaklumkan isterinya, Nor Azila Sidi Ahmad, 40, turut positif Covid-19.

“Dengan penuh dukacita dan hiba…Hari ini Abe Din dan isteri disahkan positif Covid-19.

“Kepada semua yang ada berhubung rapat dengan Abe Din dan Cikgu Laa , Abe Din pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan semua yang terpaksa melakukan ujian swab dan mungkin terkena jangkitan,” kongsinya pada Isnin.

Menerusi perkongsian sama juga Mohd Syahbuddin bersama isteri meminta semua mendoakan kesembuhannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here