Johor Bahru,Sep-
Seorang pemandu bas yang memuatnaik rakaman video penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’, ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata penahanan pemandu berusia 24 tahun itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira jam 2.57 pagi.Katanya, polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan pemandu itu untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosial miliknya.
“Semalam, polis kontinjen Johor mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas dipandu seorang lelaki.
“Suspek memuatnaik rakaman video ke akaun media sosial TikTok Abang Bas dengan hantaran berkenaan masih wujud dan boleh diakses.”Siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.





















