“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak membidas kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat tidak serius dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Najib turut mempersoalkan kenapa gedung IKEA yang mempunyai cawangan seluruh negara dibenarkan beroperasi ketika PKP 2.0 ini.

“Adakah penjualan perabot termasuk dalam Perkhidmatan Perlu (Essential Service) tapi ramai peniaga kecil lain tidak dibenarkan meniaga pula?,” soal Najib di Facebooknya.

 Apa yang membimbangkan katanya, kanak-kanak dan warga emas pula dibenarkan berkunjung walaupun tidak digalakkan.

“Kita mesti adil pada semua.

“Biarlah PKP 2.0 fasa pertama untuk 2 minggu ini lebih tegas agar ianya dapat mencapai matlamat dan tidak perlu dilanjutkan berulang kali.

“Yang cetus Covid, kilang-kilang dan projek pembinaan besar.

“Yang disuruh duduk diam-diam 2 minggu pula, peniaga kecil?” bidas Najib.

Najib turut berkongsi poster kedai emas terkenal di negara ini yang menguar-uarkan kedai emas mereka beroperasi ketika PKP 2.0 dengan SOP yang ketat.

“Sejak bila menjual emas dan barang kemas jadi perkhidmatan keperluan (essential service) masa PKP? Essential service bagi siapa”?soal Najib.

Tegas Najib, yang mencetuskan bahagian terbesar jumlah kes serta kluster Covid semasa PKPB gelombang ketiga adalah sektor pengilangan, pembuatan dan tapak pembinaan.

“Yang dibenarkan terus beroperasi semasa PKP amat ketat untuk kononnya membendung gelombang ketiga dari sektor pengilangan, pembuatan dan sektor pembinaan juga?

“Apa beza SOP PKP dengan SOP PKPB bagi sektor-sektor itu?

“Jika serious untuk mengawal Covid, lebih elok sektor-sektor ini dihentikan sementara untuk 2 minggu PKP 2.0 fasa pertama sahaja agar PKP tidak dilanjutkan berulang kali.

“Sistem kesihatan Malaysia dah jauh terlebih kapasiti. Kita bagi henti sekejap sektor-sektor yang menyumbang kes dan kluster terbesar buat sementara sahaja.

“Biar sistem kesihatan dan frontliners boleh bernafas seketika agar sistem kesihatan kita ada peluang pulih,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here