China bina kem kuarantin

Dalam tempoh hanya lima hari, China membina pusat kuarantin besar seluas 44 hektar yang mampu memuatkan 4,000 pesakit Covid-19.

Pembinaan pusat kuarantin itu bermula pada 13 Januari lalu ekoran kebimbangan terhadap wabak Covid-19 yang kembali menular di utara wilayah Hebei.

Seramai 600 pekerja terbabit bekerja 24 jam di bawah suhu cuaca yang rendah untuk menyiapkan kem kuarantin di Zhengding, pinggir bandar Shijiazhuang itu.

Sebahagian 606 ruangan sudah dilengkapi perabot dan baki 1,173 lagi disiapkan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung di bandar utara China untuk mengurangkan penularan wabak yang meletus kembali sejak beberapa minggu ini.

China merekodkan 118 jangkitan baharu pada 19 Januari lalu dengan 43 kes di wilayah Jilin.

Wilayah Hebei menyaksikan tambahan 35 jangkitan, manakala wilayah Heilongjiang melaporkan 27 kes baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here