9 ekor lembu mati dirempuh kereta

Sembilan bangkai lembu bergelimpangan di atas jalan raya selepas dirempuh dua kereta di Kilometer (KM) 291.1, Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan-Kuala Terengganu di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pemandu kereta Proton Saga yang merupakan seorang wanita berusia 28 tahun dan pemandu kereta jenis Volvo iaitu lelaki berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu dan apabila sampai di lokasi, mereka terserempak sekumpulan lembu yang berada di tengah-tengah jalan.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, kedua-dua kenderaan itu yang masing-masing tidak mempunyai penumpang merempuh sekumpulan lembu tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, susulan kemalangan itu, dua kereta berkenaan mengalami kerosakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here