Doktor hadiri perbicaraan mahkamah online sambil bedah pesakit

Lembaga Perubatan California menyiasat perihal pakar bedah plastik yang muncul pada sidang video untuk perbicaraan kesalahan trafik semasa membedah pesakitnya.

Akhbar Sacramento Bee melaporkan, Doktor Scott Green menghadiri perbicaraannya secara maya di Mahkamah Agung Sacramento ekoran pandemik Covid-19.

Yang menimbulkan kontroversi adalah ketika perbicaraan berjalan, beliau berada di bilik pembedahan dan sedang melakukan pembedahan terhadap pesakit.

Doktor Green juga menggunakan pakaian pelindung perubatan dengan bunyi mesin perubatan kedengaran sepanjang sesi perbicaraannya.

Ketika disoal petugas mahkamah, Doktor Green juga mengaku sedang melakukan pembedahan, namun mendakwa beliau dapat meneruskan perbicaraan tersebut tanpa sebarang masalah.

Ketika Hakim Gary Link muncul di layar dan melihat Doktor Green melakukan tugasannya, beliau ragu-ragu meneruskan perbicaraan kerana bimbang akan keadaan pesakit tersebut.

Hakim kemudiannya meminta perbicaraan itu ditunda ke tarikh lain biarpun Green memberitahu terdapat seorang lagi doktor di bilik pembedahan tersebut.

Pihak Lembaga Perubatan memberitahu mereka menyiasat insiden itu kerana bagi mereka doktor perlu “mengikuti standard perubatan yang betul semasa merawat pesakit.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here