Sejam Kaki Tersangkut Dalam Lubang Tandas

Kajang, Sep 19.
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung derita kira-kira sejam apabila kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas rumahnya di sebuah apartmen di Balakong di sini, malam tadi. Kejadian dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor pada 8.36 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lima pegawai dan anggota segera ke lokasi untuk menyelamatkan budak itu. Kanak-kanak lelaki itu berusia sembilan tahun Anggota mengeluarkan kakinya dari lubang tanda pada 9.11 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here