Vaksin Covid-19 hanya dibekal KKM

Vaksin Covid-19 hanya sah dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.

KKM menerusi kenyataan memaklumkan penjualan atau pembekalan melalui mana-mana medium lain tidak dibenar sama sekali.

Pihaknya menjelaskan vaksin yang dijual di pasaran mungkin adalah tiruan, palsu atau datang daripada sumber yang tidak sah.

“Pastikan ubat yang hendak dibeli mempunyai nombor pendaftaran ‘Mal’ dan pelekat hologram ‘Pharmatag’. Semak status nombor pendaftaran ubat atau nombor notifikasi kosmetik di laman www.pharmacy.gov.my .

“Orang awam diminta bersabar menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin. Daftar giliran anda menggunakan applikasi MySejahtera,” katanya di Facebook.

Baru-baru ini tular penjualan vaksin Covid-19 Pfizer di Shopee bagaimanapun syarikat e-dagang itu menafikan dan memaklumkan bahawa itu adalah palsu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here