Warga asing naik Bas Smart Selangor dicaj 90 sen

Rakyat bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri mengenakan caj 90 sen kepada warga asing ketika menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor bermula 15 Mac ini.

Nurul Fatihah Mazri, 26, berkata langkah itu adalah perkara biasa sesebuah kerajaan bagi membezakan keistimewaan antara warganegara dan rakyat asing.

 “Kalau kita ke luar negara, memang ada negara yang mengenakan caj berbeza sekiranya menggunakan kemudahan mereka, termasuk bas ataupun tempat-tempat pelancongan.

“Oleh itu, tindakan Kerajaan Negeri supaya warga asing perlu membayar tambang untuk menaiki Bas Smart Selangor adalah normal dan patut dilaksanakan segera,” katanya.

Seorang warga emas, Tan Yee Lin berkongsi pengalaman terpaksa berasak-asak dengan warga asing ketika menaiki bas untuk menyelesaikan urusan penting di tempat lain.

Wanita berusia 76 tahun itu berkata beliau sudah menggunakan bas berkenaan sejak 2015 selepas Kerajaan Selangor mengumumkan kemudahan pengangkutan percuma itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here