Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Jemaah Haji – PM

Kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk memberi penambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia.

Berita baik ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Riyadh.

Perdana Menteri berkata, beliau membuat permohonan itu ketika menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud di Istana Al-Yamamah di sini pada Selasa (Rabu di Malaysia).

“Apabila situasi haji kembali normal berikutan pandemik Covid-19, permintaan kita diluluskan,” katanya kepada media Malaysia pada penghujung lawatan rasmi empat harinya ke negara itu.

Beliau berkata, Putera Mahkota memberikan jawapan positif dan jaminan kerana negara itu mengalu-alukan jemaah Malaysia yang terkenal dengan tingkah laku yang baik, berdisiplin dan kurang menimbulkan masalah.

Makkah dan Madinah juga masih dalam proses perluasan bagi menampung lebih ramai jemaah pada masa hadapan, kata Muhyiddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here