Undi 18: Anak muda bijak tidak akan undi Pas yang tiada prinsip

Perlu difahami mengapa Pas memberi bermacam-macam alasan Undi 18 tidak perlu dilaksanakan antaranya mengatakan anak muda pada usia itu masih tidak matang untuk mengundi.

Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Senator Aiman Athirah membidas kenyataan Presiden Pas itu dengan mengatakan bahawa anak muda Malaysia hari ini lebih kritis.

Bahkan beliau percaya anak muda yang kritis ini tidak akan mengundi Pas yang terang-terang tiada prinsip jelas dalam perjuangan.

“Selain hanya tunggang agama untuk kuasa,” katanya melalui facebook.

Sebelum menjadi kerajaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang lantang berkata jangan menggunakan alasan mentah untuk membantah Undi 18 tahun, tetapi kali ini nadanya berubah dengan mengatakan Undi 18 hendaklah bergantung kepada kematangan.

Abdul Hadi tetap dengan pendiriannya sebelum ini bahawa umur mengundi 18 tahun adalah berpandukan demokrasi ciptaan Barat

Semalam pula dia mencadangkan had umur sebagai syarat kelayakan mengundi harus digabungkan dengan pendidikan politik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here