Kuala Lumpur, Dis-
“Keputusan mahkamah ini adalah hadiah hari jadi istimewa buat saya dan suami.”
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyambut hari lahir ke-73 pada 10 Disember lalu.
Rosmah turut menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada 17 pertuduhan hari ini sebagai keadilan yang sudah lama dinantikan.”Pembebasan pada hari lahir, bukan sahaja hadiah bermakna buat saya, malah hadiah untuk ‘bossku’ (Najib).
“Saya akan maklumkan berita gembira ini kepada Datuk Seri (Najib Razak). Inilah keadilan yang kita nantikan,” katanya.
Rosmah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas keputusan dibuat Hakim K. Muniandy.Rosmah berkata, peguam belanya memberi jaminan sejak hari pertama bahawa pertuduhan itu tidak mempunyai asas.
“Bagaimanapun, anda tidak boleh pasti mengenainya. Saya telah mendapat keadilan.
“Terima kasih kepada hakim yang membuat keputusan yang tepat.
“Ini yang dikatakan sebagai keadilan dan semua orang patut mendapat keadilan itu. Jangan main-main dengan keadilan,”katanya.
Ini adalah representasi ketiga Rosmah selepas mengemukakan permohonan buat kali pertama dan kedua, masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos tahun lalu.
Beliau turut memfailkan permohonan untuk dibebaskan dan dilepaskan daripada semua 17 pertuduhan pada 4 Oktober 2020.