Pulau Pinang Caj 50 Sen Untuk Setiap Pengunaan Beg Plastik

Sebagai satu langkah menjaga alam sekitar, kerajaan negeri Pulau Pinang bakal menimbang untuk menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen seunit.

 Dengan kadar 20 sen seunit sekarang, ia didapati kurang berkesan dalam membendung penduduk di pulau itu dalam mengurangkan pengunaan beg plastik.

 Walau bagaimanapun, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri sebelum dapat dilaksanakan.

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh di Bernama, mungkin pengguna di negeri ini yang merasakan caj 20 sen ini terlalu murah dan tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik jadi kita kaji untuk menaikkan caj ini. 

Selain Pulau Pinang, selangor dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur antara negeri yang mengecaj 20 sen untuk setiap penggunaan beg plastik.

Tips untuk anda yang mahu menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik, bawalah beg sendiri apabila ke pasaraya ataupun letaklah barangan di dalam troli hingga sampai ke parkir kereta.

Jika bukan kerana anda, siapa lagi yang mampu mengubahnya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here