Operasi di Gaza akan diteruskan – Netanyahu

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa berkata operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan untuk satu jangka masa.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen, dia menyatakan, pejuang Hamas akan menerima balasan yang buruk akibat serangan yang dilancarkan ke atas Israel.

Netanyahu yang sedang melalui perbicaraan lima kes rasuah, kini menghadapi masa depan politik yang tidak menentu.

Perbincangan pembentukan kerajaan baru dilapor portal berita The Times of Israel ditangguhkan selepas ketegangan di Masjid Al-Aqsa berlaku.

Presiden Israel sebelum ini memberi mandat kepada blok anti-Netanyahu untuk membentuk kerajaan campuran.

Menurut laporan The Times of Israel, perbincangan antara parti Islam Ra’am dan parti anti-Netanyahu Yesh Atid telah digantung.

Mandat untuk parti Yesh Atid mewujudkan kerajaan campuran akan tamat pada 2 Jun ini.

Jika blok ini membentuk kerajaan baru, kedudukan Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel sejak 2009 akan tamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here