“Awang Kota Aur” berjaya ditangkap

Seekor gajah liar yang di gelar ” Awang Kota Aur” telah berjaya ditangkap menggunakan kaedah “denak” milik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan untuk dipindahkan ke  Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman turut hadir menyaksikan operasi yang dibantu oleh dua gajah denak bernama ‘Alam’ dan ‘Pek’ bagi memujuk Awang untuk naik ke lori pemindahan dan berjaya diselesaikan.

Menurutnya, beliau mendapat laporan  gajah liar tersbut telah menceroboh masuk ke kampong Kota Aur, Sik dan memusnahkan tanaman kebun penduduk beberapa hari lalu.

“Saya bertindak menghubungi beberapa agensi berkaitan untuk membuat tangkapan gajah dan keselamatan kampung seperti Jabatan Perhilitan, Angkatan Pertahan Awam (APM) dan pihak RELA.” katanya.

Pegawai Perhilitan Daerah Sik, Zulkifli Othman yang ditemui di lokasi berkata gajah tersebut dipercayai telah keluar dari habitat asalnya di hutan berhampiran untuk mencari makanan.

Menurutnya , operasi ” memujuk ” gajah tersebut  melibatkan anggota Jabatan Perhilitan Daerah Sik dan Baling dengan kerjasama pegawai Pusat Konservasi Kebangsaan bermula jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang semalam.

“Sebenarnya proses pemindahan gajah tersebut telah dijadualkan esok (Khamis) namun berita penangkapan gajah menjadi tular di media social menyebabkan orang ramai datang untuk melihat gajah berkenaan menyebabkan ia menjadi agak agresif. serta boleh membahayakan keadaan” katanya.

Kpl (PA) Mohd Rafie Bin Kifli, Anggota APM Sik, yang berkongsi pengalaman mengendalikan perkara ini berkata inilah pengalaman pertama pihaknya terlibat dalam operasi  penangkapan gajah.

“Perasaan takut bercampur teruja berikutan siaz gajah tersebut sebesar kepala lori 1.5 tan agak agresif namun syukurlah operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku” ujar beliau.

Turut hadir dalam operasi tersebut ialah Sharim bin Md Noor, Pegawai Perhilitan Daerah Baling, Ku Mohd Zamzuri, Pegawai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Komandan dan Pegawai-pegawai dari PULAPAU Baling serta anggota Rela Daerah Sik. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here