Imigresen mengalahkan sindiket pemalsuan dokumen terbesar

PUTRAJAYA – Satu sindiket pemalsuan dokumen terbesar bagi tahun 2021 berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia selepas menahan seorang lelaki warga Myanmar dipercayai menjadi dalang utama sindiket ini.

Suspek yang dikenali sebagai Rockers berumur lingkungan 38 tahun diberkas dalam satu operasi khas yang dijalankan di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi dilakukan berdasarkan risikan selama empat bulan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen Malaysia.

Siasatan awal dijalankan mendapati suspek mengenakan kadar bayaran bermula RM300 hingga RM1,000 bagi setiap dokumen Imigresen palsu termasuk pasport dan pelbagai dokumen lain.

“Suspek turut menyewa dua buah unit kondominium untuk mengaburi pihak berkuasa untuk melindungi kegiatan pemalsuan dokumen Imigresen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Imigresen Putrajaya pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here