Rekod baru 135 kematian, 8,868 kes Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan 8,868 kes baharu Covid-19 dan rekod baharu 135 kematian berbanding 126 kematian yang dicatatkan 2 Jun lalu.

Seramai 5,802 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan 725,480 daripada 808,658 pesakit Covid-19 yang sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 5,903 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 77,275 kes aktif di seluruh negara, dengan 445 daripada 952 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, jumlah jangkitan harian berdasarkan negeri turut mencatatkan rekod baharu di Selangor dengan 4,152 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 1,133 kes, Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279), Pulau Pinang (237), Melaka (183), Pahang (152), Kelantan (135), Terengganu (68), Labuan (64) dan Putrajaya (47).Perlis hanya mencatatkan satu kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, 10 ialah kes import dan baki 8,858 kes penularan tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here