AIR KELAPA MUDA UNTUK SUHU BADAN YANG STABIL

Selain air masak, air kelapa muda juga boleh diamalkan ketika negara sedang mengalami cuaca panas sekarang ini.

Air kelapa dapat membantu mengembalikan suhu badan peminumnya kepada paras normal.

Ini kerana kelapa mengandungi elektrolit yang dapat membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas.

Malah air kelapa muda juga kaya dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium dan vitamin B kompleks yang mampu mengawal tekanan darah tinggi, merendahkan kekejangan otot serta menaikkan selera ketika musim panas.

Elakkan daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula dan sebaiknya, nikmati yang segar.

Sementara itu, air buah-buahan juga boleh diamalkan untuk membantu badan kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.

Air buah-buahan mengandungi pelbagai jenis nutrient seperti vitamin, potassium dan fruktosa (gula semulajadi buah) yang berperanan sebagai bekalan tenaga dalam badan.

Secara purata, orang ramai dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air kosong bersamaan dengan 10 hingga 12 gelas sehari.

Justeru, menstabilkan cecair dalam badan adalah perkara yang penting lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas dan kering.

Keadaan cuaca panas akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh  manusia ekoran berlakunya proses dehidrasi yang cepat.

Ia boleh memberi kesan kesihatan seperti diserang strok haba hingga membawa maut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here