Peniaga ayam positif HIV mengakui bahawa dia tidak bersalah merogol remaja sehingga dia hamil

Seorang peniaga ayam yang positif HIV mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan atas tuduhan merogol seorang remaja yang dipercayai kekasihnya Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun itu membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol gadis berusia 15 tahun tujuh bulan itu dengan mengetahui dirinya menghidap HIV dalam sebuah Perodua Kembara di Jalan Kampung Laut 1, Tumpat pada Mac lalu.

Sinar Harian melaporkan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (i) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak mencadangkan sebarang jaminan ekoran bimbang tertuduh mengganggu mangsa yang hamil lima bulan dan tinggal bersama keluarganya. Mahkamah membenarkan jaminan RM15,000 bersama seorang penjamin, dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya.

Peguam Mohd Khuzaimi Mohd Salleh yang mewakili tertuduh memohon jaminan diberikan memandangkan tertuduh menghidap HIV dan bimabng terdedah kepada jangkitan Covid-19 jika dipenjarakan sepanjang tempoh perbicaraan. Mahkamah menetapkan 17 Nov ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan. Tertuduh kemudiannya membayar wang jaminan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here