SPR sedia laksana PRU jika Parlimen bubar

Dalam kenyataannya hari ini, Azhar berkata Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jika PRU diadakan kali ini, SPR menganggarkan jumlah perbelanjaan adalah antara RM750 juta dan RM800 juta berbanding RM500 juta pada PRU 14 lepas.

“Pertambahan perbelanjaan ini tidak dapat dielakkan kerana SPR bercadang meneruskan semua penambahbaikan yang telah dilaksanakan dalam 10 pilihan raya kecil yang telah diadakan selepas PRU 14,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here