Pelantikan doktor harus tetap telus, tidak menggunakan ‘kabel’, kata MP

Isu ketelusan dalam pelantikan ke jawatan tetap menjadi keluhan terbesar disuarakan oleh doktor kontrak, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii. Dia berkata, masalah utama yang perlu ditangani berhubung perkara itu ialah kriteria untuk pelantikan berkenaan yang dilihat, “tidak telus dan tidak bertanggungjawab”.

Bercakap dalam webinar malam tadi, Yii mempersoalkan bagaimana setiap calon dilantik ke jawatan tetap. Jika tidak telus, sudah tentu terdapat kes di mana jika saya menggunakan ‘kabel’ atau kenal seseorang, ia boleh membantu saya mendapatkan jawatan tetap, katanya. Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi ramai yang saya kenal dilantik ke jawatan tetap kerana mempunyai ‘kabel’, dan ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Jika kita boleh menjelaskan kriteria pemilihan, saya rasa ketidakpuashatian ramai (doktor kontrak) boleh ditangani. Yii mengetuai Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen. Webinar bertajuk “Hartal Doctor Contract 2.0? Claims for a concrete plan”, dianjurkan Wisdom Foundation berpangkalan di Sabah. Seorang lagi speaker, Dr Deeban Ramasamy turut menggesa supaya garis panduan jelas terhadap kriteria pemilihan ke jawatan tetap dapat disediakan.

Deeban yang mewakili kumpulan Hartal Doktor Kontrak, berkata tuntutan mereka kekal seperti dibangkitkan dalam bantahan pada 26 Julai lalu iaitu ketelusan dan jawatan tetap serta garis panduan terperinci dalam pemilihan. Katanya, ia mungkin menjadi hasil terbaik sekiranya sistem ranking lebih baik yang boleh diakses semua orang dapat diwujudkan.

Terdapat lebih 20,000 doktor bertugas dalam sektor kerajaan menerusi sistem kontrak yang diperkenalkan pada 2016 untuk mengatasi masalah lambakan graduan perubatan. Sistem kontrak itu mengehadkan perkhidmatan pegawai perubatan dalam sektor awam selama lima tahun dan selepas itu mereka perlu ke sektor swasta atau menjalani latihan kepakaran dibiayai sendiri.

Selain gaji dan faedah dikurangkan serta melakukan tugas yang sama dengan rakan sejawat lantikan tetap, doktor kontrak turut mengeluh mengenai kurangnya peluang untuk mengembangkan kerjaya sama ada menerusi ijazah sarjana atau mengikuti pengajian kepakaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here