Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran tidak akan teragak-agak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika kerajaan sekarang dijatuhkan. Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.
Ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri,” titahnya. Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa Dewan Negeri adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat serta negeri Johor. Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah Dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk.
Ingat pesanan saya tuan speaker. Jalankan kerja baik-baik dan suka juga saya ingatkan, yang saya tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai mengganggu-gugat negeri dan kerajaan saya, titah baginda.