80,000 PEMOHON SIV MENINGGALKAN AFGHANISTAN

Washington, Ogos 17-

Lebih 700 pemohon Visa Imigran Khas (SIV) meninggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam, menjadikan jumlah individu yang dipindahkan di bawah program SIV itu hampir 2,000 orang, kata Brigedier Jeneral Tentera Amerika Syarikat (AS) William Taylor kepada wartawan .

“Lebih 700 pemohon SIV telah meninggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam lalu dengan menggunakan penerbangan komersial atau sewa khas, menjadikan jumlah (permohonan yang diproses) hari ini hampir 2,000,” kata Taylor pada taklimat media pada Isnin, lapor Sputnik.

Pada awal Ogos, media AS melaporkan, kerajaan AS merancang membawa keluar 700 warga Afghanistan setiap minggu dan sekitar 20,000 orang yang memenuhi syarat SIV, bersama keluarga mereka ke AS.

Setakat ini, pentadbiran Presiden Joe Biden berjaya memindahkan kira-kita 2.5 peratus daripada 80,000 pemohon SIV.

Pada masa yang amat terdesak di Kabul rakyat Afghanistan disahkan terkorban selepas terjatuh ketika cuba berpaut pada roda pesawat yang terbang keluar dari Kabul.

Menurut ciapan di Twitter Tehran Times, dua mangsa yang terdesak untuk melarikan diri dari Afghanistan itu terjatuh ketika pesawat berkenaan berlepas.

Sebelum ini, tular satu rakaman yang menunjukkan ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar pesawat yang meninggalkan negara tersebut.

Baru-baru ini, lima orang lagi terbunuh di Lapangan Terbang Kabul ketika ratusan orang cuba memasuki pesawat secara paksa meninggalkan ibu kota Afghanistan. Menurut Reuters yang memetik kenyataan saksi di tempat kejadian, masih tidak jelas sama ada mangsa yang terkorban itu telah ditembak atau kerana diasak oleh orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here