Nostalgia Lombong Bijih Timah Tertua Di Lembah Kinta

Batu Gajah, Sep 18
Hari Retro Pekan Lama Papan Suasana di  Pusing, dekat Batu Gajah, mengimbas kembali kenangan 200 tahun dahulu. Hari Retro Pekan Lama dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia ini berlangsung selama dua hari, dengan penyertaan hampir 1,000 pengunjung pada Sabtu. Suasana menjadi meriah dan sungguh mempesonakan dengan kebanyakan orang ramai berpakaian tradisonal di kalangan pelbagai bangsa.

Konvoi kereta, motosikal dan basikal klasik yang diadakan di situ turut mengembalikan nostalgia zaman silam, selain pelbagai acara padat yang disusun khusus untuk para pengunjung. Program ini dianjurkan dengan gabungan pelbagai agensi serta komuniti setempat di Papan, termasuk Majlis Daerah Batu Gajah, UiTM, Kumpulan Warisan Papan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Papan serta Persatuan Warisan Perak.

Penganjuran tahun ini merupakan kali kedua diadakan selepas mendapat sambutan hangat pada tahun lepas, kata Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here