Membunuh isteri, bayi perempuan, pemandu trak dijatuhkan hukuman mati

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemandu lori selepas didapati bersalah membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lepas. Hakim Mohd Yazid Mustafa menjatuhi hukuman itu ke atas Satvender Singh, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Melalui dapatan mahkamah, tertuduh adalah orang terakhir di tempat kejadian dan keluar dari situ selepas 4.30 pagi, selepas membunuh isteri dan bayinya,” katanya. Hakim juga menolak pembelaan tertuduh bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rompakan di rumahnya yang telah dipecah masuk. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee manakala tertuduh diwakili peguam Rajpal Singh.

Pada 17 Julai 2020, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan membunuh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki berkenaan. Pendakwaan mengemukakan 16 saksi manakala tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Bercakap kepada media selepas prosiding, adik mangsa yang hanya dikenali sebagai Riyaa, 36, berkata keluarganya melalui perit getir menunggu keputusan mahkamah yang akhirnya membuktikan tertuduh bersalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here