Tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan – Sivakumar

Kuala Lumpur, Dis 8.
Para majikan digesa supaya mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar yang membuat gesaan itu berkata, usaha berkenaan merupakan pelaburan strategik yang akan memperkasa bakat dan organisasi, untuk bukan sahaja mengemudi, tetapi untuk berkembang maju dalam landskap ekonomi dan teknologi yang berubah-ubah.

“Adalah menjadi tanggungjawab kolektif kita untuk memperjuangkan usaha ini, memastikan bakat dan urusan kita dipersiapkan dengan baik dan diposisikan untuk berjaya dalam menghadapi perubahan pesat.”Namun yang lebih penting adalah untuk kita faham di mana dan bagaimana kita boleh menutup jurang struktur,” katanya dalam ucaptama pada program Makan Tengah Hari Rangkaian Pemimpin HR di sini, pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here