Anak lelaki Musa Aman meninggal dunia

Anak lelaki bekas ketua menteri Sabah Musa Aman meninggal dunia hari ini, menurut kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Musa. Dengan amat dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Mohammed Hayssam Musa sudah meninggal dunia pada 24 Ogos 2021. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

Awal hari ini, satu mesej yang mendakwa bahawa Hayssam meninggal dunia di Hospital Gleneagles tersebar di media sosial. Terdapat juga dakwaan sebelumnya bahawa seorang lagi anak lelaki Musa, iaitu Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, jatuh sakit akibat dijangkiti Covid-19.

Jurucakap Covid-19 Sabah Masidi Manjun menolak dakwaan itu dengan berkata: “Sama sekali tidak benar. Dia baik-baik saja,” menurut Star Online pada 22 Ogos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here